Powered By Blogger

Monday, February 20, 2012

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda

Tuesday, February 7, 2012

Kerja dalam keterpaksaan...

Dengan hati yang tidak berapa ikhlas aq bt keje.....sebab tu la slalu serabut....xde keikhlasan....bt secara paksa...mcm mane nk dapat hasil kerja yang elok....so mulakan hari anda dengan senyuman...jangan p kerja dengan mulut yang muncung...adoiya.....semangat meneruskan perjuangan hidup ini...don't be stress...OK!!!!..hopefully sngt aq x stress lagi bcoz if aq stress migrain aq akan bertambah teruk....give me solution for decrease my migrain.....

Sunday, October 30, 2011

TERENGGANU TEWAS.........


ADOIIIIII......KNAPA GANU LEH TEWAS NI.....FRUST TERTONGGENG AKU DEPAN TV....NASIB BAIK X P STADIUM....TP APE2 PUN TERENGGANU MMG BEST.....TAHNIAH PASUKAN TERENGGANU KERANA DAPAT MASUK KE AKHIR....AKU YG TGK DEPAN TV TER'LEBIH EXCITED PLAK...MCM NK MSK JE DLM TV TU TOLONG SEPAK GAK BALL TU...HUH!!!THANKS A LOT TO MY FRIENDS YANG MENEMANI AQ TGK BOLA WALAUPUN KITA KECEWA....AKHIRNYE AKU MASUK TDR SELEPAS N9 MENENDANG BOLA BUAT KEDUA KALINYA.....ADOIIII..TERENGGANU KALAH....EH EH EH BUKAN KALAH LA.....KURANG MENANG JE,....TERENGGANU TETAP MENANG DI HATIKU.....HUHUHUHU.....

Thursday, October 27, 2011

Hikmah sujud

Hikmah sujud antara lain ialah :

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

c) Melegakan sakit hernia.

d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan
bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS.

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan
sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan
elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth
blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang
perut(convulsions).

o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah danoksigen.

p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah ke otak
secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD
VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

SELALULAH KITA AMALKAN.......


Surat pekeliling daripada bapak kepada boyfriend anaknya..

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Wednesday, October 19, 2011

TERTEKAN TAPI SERASI....


huh!!!!!!!penat otak berfikir pasal kerja......banyak nk di fikirkan...
blom siap yang ni dah ade keje lain r......kadang-kadang rasa cam tertekan gak....
walaupun tertekan but aque serasi ngn tempat kerja...maybe ade kwn-kwn yang satu kepala tapi hati laen-laen kot...wlpn hati laen-laen,diorang cukup menghiburkan aq.....lupa segala tekanan yang dihadapi....thanks a lot my friend...i love u so much.....tapi mampu ke aque bertahan dekat cni????
mungkin YA mungkin TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK........if aku kt tempat kerja yang bru adakah aq akan berjumpa lagi dgn kwn2 yang 1 kepala.....wlpn mcm tu hidup mesti diteruskan....caiyok...caiyok...fighting....fighting....

Monday, September 26, 2011

bosan @ xbest@tp kena bertahan....

kerja!!!!!kerja!!!!kerja!!!!
knape la tempat kje ade yang xleh bg kerjasama ngn kite but langsung xprofesional dalam bt keje...
kalu org len bt salah terus jadi mulut tempayan,kalu diri sendiri bt salah pandai lak die diam...ni membuatkan tempeture aku naik...
tp sabar sabar...
nasib baik aq boleh bersabar...
profesional dalam bt kerja.....
jangan campur hal yang membuatkn kita tension dalam menjalankan tugas.....
tapi sampai bila nak bersabar dengan keadaan mcm ni??????
tolang la bantu aq.....
mood kerja arini:bad